Saturday, August 4, 2007

MANHAJ AHLI SALAF PENYATU UMAT ISLAM

Satu kekecohan yang berlaku dikalangan umat islam Malaysia hari ini ialah konflik antara istilah 'wahhabiyyah' dan golongan yang berfahaman tradisonal (konservatif). Pertikaian antara golongan ini semakin sengit hingga membawa tuduh-menuduh di kalangan orang awam hasil rasa tidak puas hati masing-masing. Pada asasnya kedua golongan ini sebenarnya tidak berbeza dari segi aqidah islamiah. Ramai tidak sedar bahawa pertikaian mereka berputar dari sudut manhaj (cara/metod) sahaja. Saya merasa hairan mengapa tidak ada usaha-usaha untuk mendekatkan antara dua golongan ini bagi mengatasi perbezaan yang timbul dengan kembali merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith (manhaj salaf). Mengapa istilah "wahhabiyyah (pengikut wahhabi)" tidak dijelaskan secara jelas dan tidak dikaji dengan lebih mendalam sedangkan Muhammad bin Abdul Wahhab itu tidak pernah dianggap sesat oleh malah dipuji sebagai tokoh dakwah dan tokoh islah oleh dua tokoh terkemuka islam masa kini, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili.Di Malaysia kita hari ini kebanyakkan golongan yang berpengetahuan agama (ulama) khususnya dari aliran tradisonal (konservatif) sangat menyanjungi pandangan, pemikiran dan karya-karya Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili, namun mereka tidak pernah melihat pandangan kedua tokoh itu terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab. Dalam kes Muhammad bin Abdul Wahhab ini mereka (golongan konservatif) lebih senang meminjam kata-kata Barat dan penulis-penulis yang tidak bertanggungjawab yang memusuhi pembaharuan yang dibawa oleh tokoh dari Arab Saudi itu mengajak manusia kembali kepada ajaran islam sebenar dengan tapisan metod al-Quran & al-Sunnah (manhaj ahli salaf). Tuduhan-tuduhan buruk yang jelas berputik dari niat yang jahat musuh-musuh islam terhadap Sheikh Muhammad bin Abd. Wahhab itu sepatutnya dinilai kembali. Kita sepatutnya meninggalkan prasangka buruk dengan suluhan ilmu pengetahuan yang jelas dan sepatutnya lah kita lebih adil dalam menilai dan mengkaji mereka yang sealiran aqidah dengan kita. Justeru mendekati mereka lebih berguna daripada mengambil langkah dengan terus berperang dengan mereka.Saya merasakan usaha untuk mendekatkan (TAQRIB) kedua golongan ini lebih berfaedah berbanding usaha sebahagian umat islam mendekatkan diri mereka dengan Syiah Imamiyyah (SYIAH) yang nyata jelas kekufuran dan kesesatan mereka. Perlu diingat di Iran, Iraq dan Lubnan (kalangan Hizbullah) hari ini "al-wahhabiyyah" dan tradisional konservatif Sunnah merupakan musuh nombor satu yang dilabelkan sebagai "al-Nasibi". Syiah tetap menganggap Sunni sebagai sesat, kafir, najis, halal darah dan hartanya, masijid-masjid Sunni wajib diruntuhkan bahkan Syiah tidak boleh berkahwin dengan Sunni.Sebahagian umat islam di Malaysia pula menganggap Syiah itu saudara tetapi fatwa-fatwa ulama' Syiah khususnya di Iran dan Iraq hari ini tidak melambangkan Sunni itu sebagai saudara mereka. Usaha TAQRIB itu tidak lebih sebahagian dari TAQIYYAH (sikap berpura-pura) mereka. Jangan lah kita terpedaya dengan TAQIYYAH itu kerana TAQIYYAH itu merupakan 9/10 dari agama mereka. Sebab itu kita perhatikan mereka begitu bersedia untuk bertaqrib yang mana sangat jelas akan menguntungkan kumpulan mereka.SUMBANGANSaya melihat golongan yang kita katakan sebagai ’al-wahhabiyyah’ di Malaysia (aliran Dr Mohd Asri Zainul Abidin) dan kelompok penggiat pengajian hadits-hadits Nabi s.a.w yang pimpin oleh Maulana Muhammad Asri bin Yusoff dari Kubang Kerian, Kelantan paling terkehadapan menjelaskan kekufuran dan kesesatan SYIAH Imamiyyah serta bahaya SYIAH kepada masyarakat islam di Malaysia. Dalam hal ini sumbangan mereka ternyata bukan sedikit dalam ketika sebahagian besar dari kelompok tradisonal masih terkapai-kapai menilai agama Syiah Imamiyyah yang mereka anggap sebahagian dari umat islam.Saya melihat golongan tradisonal seolah-olah tidak pernah membaca dan seolah-olah tidak memahami riwayat-riwayat Syiah yang terang-terang menyatakan bahawa golongan Syiah tidak sama dengan Sunnah dari sudut aqidah. Tanpa mengkaji secara lebih mendalam akhirnya masalah pokok (aqidah) tidak dapat diselami dengan cermat dan menyebabkan mereka terpedaya dengan TAQIYYAH Syiah Iraniyyah, Syiah Imamiyyah Hizbullah, Syiah Alawiyyah Syria dan Syiah Imamiyah Iraq yang telah menghina umat islam melalui ulama’ muda radikal mereka, Muqtada al-Sadr yang menyembelih Saddam Hussein pada hari Aidi Adha sebagai simbol korban.IRAQ SEBAGAI CONTOH.Kita menyalahkan Amerika yang mengorbankan Saddam, namun kita tidak pernah membaca hubungan Iran – Amerika dalam menjatuhkan Taliban Kabul dan Baghdad sepertimana yang diakui sendiri oleh Muhammad al-Abtahi, Naib Speaker Parlimen Iran semasa Presiden Mohamad al-Khatami dalam satu seminar bertajuk : Teluk – Cabaran & Masa Depan di sebuah negara Teluk. Dan kita seolah-olah jahil siapakah yang dinaungi oleh Amerika dalam ’zon selamat’ yang diwujudkan oleh Amerika semasa serangan pertama terhadap Iraq tahun 1991. Bukankah golongan Syiah dan sekular Kurdis ? Benar merekalah yang dilindungi oleh Amerika sebenarnya. Dan hasil kerjasama Syiah dan Sekular Kurdis yang menyokong Iran dengan Amerika itulah telah menumbangkan Iraq 20 Mac 2003. Iraq ditumbangkan atas nama kezaliman Saddam namun yang tersiratnya ialah pembelaan Amerika untuk Syiah. Sekarang, bukankah Syiah yang menguasai kerajaan Iraq yang ditaja oleh U.S hari ini? Justeru benarkah Amerika saja yang bersalah dan membunuh Saddam atau sebenarnya kerajaan Syiah Iraq yang dinasihati oleh Sayyid Ali Sistani dan Abd. Aziz al-Hakim yang bekerjasama dengan Ayatullah George Bush yang membunuh Saddam? Pelbagai jawapan boleh diberi, namun apa pun dalam kita menyalahkan Amerika, Muqtada al-Sadr telah pun melaksanakan dendamnya terhadap Saddam awal Januari lalu. Maka berpestalah rakyat Syiah Iraq dengan tarian bogel setelah bertahun-tahun mengusir lebih 100,000 Arab Sunnah dari Iraq dan kini Arab Sunnah hanya menunggu untuk dicincang oleh tentera Mehdi pimpinan Muqtada al-Sadr, tentera Filaq Badr pimpinan Abd. Aziz al-Hakim dari kelompok aliran Majlis Tertinggi Revolusi Islam (bayangan dan ditaja oleh Revolusi Islam Iran, Abd Aziz sendiri bernaung di Iran semasa Saddam memerintah), kerajaan Syiah Iraq yang dipimpin oleh Nuri al-Maliki dari parti Da’wa (pemimpin yang merencana beberapa komplot cubaan membunuh Saddam semasa Saddam memerintah yang mengakibatkan berlakunya peristiwa pembunuhan di Dujail). Turut sama yang akan membantu usaha pembersihan etnik ini ialah kumpulan militan ganas Syiah yang diketuai Abu Der’a. Mereka semua akan dinasihatkan oleh Ayatullah Sayyid Ali Sistani yang pernah dicalonkan untuk Nobel Keamanan oleh badan Kristian Barat. Seronoknya untuk kita ketahui ialah Sistani dilahirkan di Mashad, Iran tempat bertapaknya dasar agama Syiah Imamiyah. Keakraban Sistani dengan Iran boleh dilihar pelbagai nama Perpustakaan dirasmikan oleh Sistani di Iran boleh dilihat dalam laman www. sistani.org.Di Iraq hari ini tidak timbul sengketa al-wahhabiyyah atau tradisonal Sunnah kerana mereka adalah serupa dengan nama – Arab Sunnah yang mana perjuangan mereka dibantu oleh rakyat Mesir, rakyat Saudi, Sudan dan rakyat Arab Sunnah Syria. Mereka berhadapan satu pakatan musuh yang padu, kumpulan-kumpulan Syiah yang dibantu dengan tentera bersekutu Barat yang diketuai oleh U.S dan Britain. Syiah telah memfatwakan boleh membunuh selain Syiah, boleh dirampas harta benda serta boleh merobohkan masjid-masjid dan rumah-rumah Arab Sunnah yang mereka gelarkan ”al-Nasibi” atau ”al-Wahhabiyyah”.Dalam cubaan Arab Sunnah berunding dan gesaan Yusuf al-Qaradawi supaya Syiah-Sunnah bersatu, Ayatullah Ali Sistani kelahiran Iran yang menjadi tempat rujuk Syiah di Najaf pula telah memfatwakan haram berkahwin dengan Sunnah kerana menurutnya berlainan agama. Justeru hakikatnya perang saudara Iraq sebenarnya ialah perang Agama antara Syiah – Sunnah yang nyata. Arab Sunnah yang digelar oleh Syiah sebagai ”al-wahhabiyyah” dalam keadaan amat dhaif dan menunggu masa dihapuskan etniknya oleh Syiah dengan bantuan Zionist Amerika. Ketika ini tiada satu pun ketua negara Arab Sunnah boleh diharapkan kerana fahaman sekular mereka dan kepentingan hawa nafsu masing-masing. Cuma beberapa ulama Sunnah sahaja yang berani menyatakan sokongan terbuka seperti Sheikh Ibn Jibrin dan beberapa ulama’ Saudi yang lain termasuk Sheikh Yusuf al-Qaradawi.HARAKAHDAILY & HIZBULLAHRuangan Luar Negara laman harakahdaily.net selepas konflik Israel-Hizbullah tidak lagi menonjolkan keadaan di Iraq secara serius seolah-olah ada sesuatu ”gangguan”. Satu buku terbitan harakahdaily yang berjudul Hizbullah Menebus Maruah Umat dalam pendahuluannya ketika ghairah menyokong Syiah Imamiyyah Hizbullah sebagai pejuang islam dengan memperlecehkan al-wahhabiyyah dan menyatakan konflik Sunnah-Syiah sebagai lapuk dek zaman. Bagi saya penulis pendahuluan itu yang patut ditelan zaman kerana tidak berpijak dialam realiti disebabkan terpengaruh dengan Syiah Hizbullah. Namun selepas sahaja perang Setiusaha Agung Hizbullah yang dikagumi itu, Hasan Nasrallah sudah pun menyatakan tiada lagi perang terhadap Israel. Malah Israel pula baru sahaja mengaku kekuatan Hizbullah. Bagaikan seolah-olah satu permainan wujud dibelakang perang berkenaan yang telah mengorbankan ratusan ribuan manusia tidak berdosa.Bolehlah dikatakan pada hari ini rakyat Palestin tidak boleh lagi mengharapkan Hizbullah kerana Hizbullah telah kembali dari perang dengan usaha mengembangkan sayapnya di Lubnan untuk menggoncangkan Fuad Siniora yang kebetulannya berfahaman Sunni. Saya tidaklah cuba meramal, biasanya pertempuran Syiah – Sunnah pasti lebih dahsyat kerana ia disadurkan alasan dari kitab-kitab agama Syiah yang jelasnya jahat dan memusuhi Islam & Sunnah. Ambillah Iraq sebagai bukti terkuat. Tidak hairanlah saya katakan ada unsur Syiah dalam perjuangan harakahdaily dan tidak menghairankan kelompok ini telah menetapkan akan menjadikan Hizbullah sebagai sumber inspirasi perjuangan mereka ( Kata Naib Presiden PAS ini pernah diterbitkan dalam akhbar harakah semasa Perang Israel - Lubnan). Saya tidak menuduh PAS kerana boleh jadi bukan semua dalam PAS menyintai Syiah, sebagai contohnya pandangan Dato’ Harun Taib mengenai Hizbullah & Syiah di Iran & Iraq.ISU NUKLEARSebagai mengaburi mata dunia isu nuklear Iran ditonjolkan sebagai pergaduhan sengit Amerika-Iran yang menayangkan kesungguhan Iran mencabar satu persatu resolusi PBB dan mencabar Amerika dan Barat dalam masa yang sama Ayatullah Bush dan Setiausaha Pertahanan baru Amerika Robert Gates berkali-kali pula menafikan serangan terhadap Iran akan berlaku. Berbeza sekali layanan Bush terhadap Saddam dahulu berkali-kali layanan mesra diberikan Iraq kepada PBB dengan mematuhi resolusi PBB (menghapuskan peluru berpandu al-Samoud) tetapi berkali-kali pula Ayatullah Bush, Ayatullah Blair, Donald Rumsfield dan Ari Fleischer menyatakan semestinya Iraq/Saddam akan diserang. Dengan demikian Syiahlah yang paling untung hasil berkat kerjasama dengan Amerika menumbangkan Sunnah di Iraq. Sebagai balasannya minyak Iraq adalah hadiah Syiah dan sekular Kurdish untuk Amerika. Nasib Sunnah Iraq dipandang sepi kecuali simpati dari kelompok al-Qaeda dan doa jauh-jauh dari penduduk islam seluruh dunia.MANHAJ AHLI SALAFDi Malaysia, kita sibuk melayan Iran untuk ber-TAQRIB dengan Iran yang sah sia-sia, dalam masa yang sama kita memakai senjata Iran untuk memusuhi mereka yang se-Aqidah dengan kita yang kita gelarkan ’al-wahhabiyyah’ (sebenarnya bukan gelaran yang betul untuk dirujukkan kepada pengikut Sheikh Muhammad bin Abd. Wahhab - sepatutnya al-Muhammadiyyah). Persoalan al-wahhabiyyah atau tidak, bukanlah penting kerana istilah itu tidak perlu wujud sebenarnya. Di Malaysia pula kajian tentang ilmu mustalah hadith baru sangat hangatnya walaupun ilmu itu sudah lama bertapak di negara ini. Oleh kerana itu perselisihan yang timbul diharapkan difahami dari konteks ilmiah bukan tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan prasangka jahil. Marilah kita bersatu di atas nama manhaj ahli salaf dengan melontarkan segala kedunguan dan prasangka buruk di kalangan kita. Ikutilah metod perpaduan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w demi kemaslahatan ummah. Saya tidak suka menyeru kita pro kepada mana-mana belah pihak memandangkan islam telah menetapkan manhaj ahli salaf cara yang terbaik untuk kita. Siapa yang mengambil selain dari islam maka dia tidak akan diterima selamanya dan terdiri dari kalangan orang yang rugi. – soudine75@yahoo.com

No comments: